xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang

Kita Ada Wakil......

Posted by Shafiq92 , Friday, March 12, 2010 11:37 PM

Sekarang nie salah seorang dari pengakap kita tengah ber"xpdc" kat Hulu Langat..Yang pergi xpdc kali nie hanya mereka yang ketinggalan XPDC Hulu Selangor- Bukit Fraser..Pengakap 13 Kajang telah menghantar Aliff Affandie, pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru Bangi untuk menyertai xpdc ini..Hrap2 sabar ye lepp...xpdc la katakan..memang tough..Apa2 pun kita sebagai ahli pengakap 13 Kajang mestilah sentiasa memeberikan sokongan yang padu kepada pengakap kita yang seorang nie..Hidup Pengakap 13 Kajang!!!!

Pengumuman!

Posted by Shafiq92 , Tuesday, March 2, 2010 4:47 PM

Kepada semua ahli2 pengakap 13 kajang,minggu ini akan diadakan perjumpaan di SMK BBB.Rasanya perkara ini sudah dimaklumkan oleh Hafiz Joe..macam biasalah perjumpaan bermula pukul 8 pagi.Pastikan semua ahli hadir tau piz,aku nak tengok..

Ujian Sikap Pengakap Raja Zon 2 Selesai!

Posted by Shafiq92 , 1:22 AM

Sukacitanya dimaklumkan bahawa 2 orang calon pengakap raja dari SMK Bandar Baru Bangi berkemungkinan layak untuk menghadiri pentarafan Pengakap Raja pada 30 April-3 Mei 2010 nanti.Sebelum upacara penutupan itu berlansung, Tuan haji Rahmat Bin Jaafar selaku Pen.Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor merangkap Ketua Pentaraf Pengakap Raja memberikan taklimat mengenai program pentarafan bakal diadakan kelak. Beliau juga memberi peluang dan ruang kepada calon-calon untuk mengutarakan beberapa soalan bagi memastikan semua calon memahami program ini secara menyeluruh.Diharapkan caloncalon kita dapat bersedia untuk menghadapi ujian tersebut kelak seterusnya menaikkan nama Pengakap 13 Kajang selaku pasukan yang berjaya mencipta nama dalam menghasilkan pengakap yang berkualiti
Sekian,terima kasih...

Lagi Blog Khas Buat Panduan Berpengakap

Posted by Shafiq92 , Friday, February 19, 2010 10:05 AM

Pihak blogger juga menyediakan sebuah lagi blog khas untuk pengakap yang mendapatkan pelbagai tips bagi meningkatkan ilmu berpengakap.Tetapi segala maklumat yang disampaikan hanya dalam bahasa Inggeris.Terdapat juga link-link untuk anda download ebook2 percuma sebagai rujukan berpengakap

http://guideforscouts.blogspot.com

Ujian Sikap Zon 2 Calon Pengakap Raja 2010

Posted by Shafiq92 , Wednesday, February 17, 2010 6:42 PM

Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor telah mengadakan ujian untuk menguji calon calon pengakap raja yang benar-benar layak untuk meneruskan misi mereka ke Pentarafan Pengakap Raja pada bulan Mei ini.Berikut adalah butir-butir mengenai ujian tersebut:-

Tarikh:-26-28 Februari 2010
Tempat:-SMK Jalan Tiga,Bandar Baru Bangi
Peserta dari SMKBBB:- Muhamad Shafiq Bin Zakariah
Aliff Affandi

Kenapa Berpengakap?

Posted by Shafiq92 , Tuesday, January 26, 2010 9:24 AM

Satu persoalan yang timbul bagi orang yang bukan ahli.Bila melihat ahli yang dibangku sekolah berhujan,berpanas,comot,kasar kekadang terdengar kata-kata 'kenapalah bersusah payah macam tu..' Persoalan yang kekadang agak sukar dan payah dijelaskan kepada yang belum mengerti.Kekadang memakan masa juga.Namum bagi yang mengerti dan telah mengidu asap,mendengar bunyian haiwan,melihat langit,merasai manisnya air hujan,merasai getirnya bahang mentari,deruan sungai yang bermain di telinga,merasai enaknya nasi buluh dan betapa selesanya bertilamkan tanah hanya satu jawapan kerana CINTA lah kami berpengakap.Tahniah dan Syabas kepada anak-anak yang memakai unifom pengakap ini.Bersyukurlah kerana anak-anak terpilih untuk merasai erti kehidupan melalui berpengakap.Teruskan usaha,tabahkan hati,tingkatkan komitmen sesungguhnya anda dan saya akan insyaallah akan merasai nikmat kehidupan ini.

Please leave your comment below this post :)

Renungkan...

Posted by Shafiq92 , 9:21 AM

selepas tamat skima latihan lencana pengakap muda (USAHA, Maju, Jaya, * lencanaa kepandaian, rambu).. pengakap berkenaan akan mengorak langkah perjuangan mereka dalam misi mengejar ke arah pengakap raja.
sepatutnya mereka ini akan menghadiri kursus ketua patrol negeri, sebagai syarat utama...

menyambung skima latihan pengakap ramaja dengan mengambil 5 lencana tertinggi *rambu pengakap remaja.. dan seharusnya pergi ke ujian Sikap (dahulunya di kenali sebagai kem mengembara). di kem ini.. pengakap remaja akan di uji habis-habisan tentang sikap, LOg dan pondok sementara mereka. layak atau tidak ke Kem Pentarafan pengakap raja, bergantung kepada hasil ujian sikap ini.

di sini daerah seharusnya mengambil inisiatif mengadakan kem Pre-sikap untuk menapis peserta yang layak, supaya meraka tidak menghabiskan wang dengan sia-sia. kebanyakan masalah peserta gagal ialah bukan kerana tiada knowledge atau kemahiran, tetapi masalah buku LOG. jadi pihak yang berkenaan haruslah peka.

setelah lulus ujian Sikap... setapak kaki sudah berada di istana.
mereka akan di panggil untuk menyambung perjuangan mereka di kem pentarafan pengakap raja di mana calon-calon akan di uji semua sekali berkenaan kepengakapan mereka, termasuk cara2 membuat gajet, kewarganegaraan, etc.
oleh itu, peserta seharuslah bersedia sejak dari era pengakap muda lagi. di mana dalam penyediaan buku Log dan kemahiran. ramai peserta mengangap hanya hadir di kem-kem, sahaja sudah lulus lencana. ini adalah sikap yang perlu di kikis dalam setiap diri inidividu.
apa yang menjadi masalah ialah di kemudian hari.

antara masalah kekurangan pengakap raja yang umum..

lulus lencana usaha sampai maju/jaya.. tidak lagi menyambung kerana peperiksaan.
bantahan sekolah/ibu bapa.
perpindahan ke sekolah yang tidak mempunyai kumpulan pengakap. di tingkatan 4.
buku log tidak siap, rosak, tidak mengikut skema.
tidak bersedia (kemahiran, etc)
sistem pengurusan organisasi di sekolah-sekolah itu sendiri.
sikap pemimpin.
sikap calon.
ini adalah masalah-masalah yang begitu umum. apa yang perlu di lakukan ialah penyediaan yang rapi dari akar umbi.

pemimpin seharusnya bersedia lengkap berilmu. pergi ke kursus yg di anjurkan oleh daerah, negeri, kebangsaan.

jagan lupa akan ke wujudan pengakap kelana, terutamanya pengakap kelana yang dahulunya adalah pengakap raja, kerana mereka akan sentiasa berkhidmat.
akhir sekali... kalau kita hendak melakukan sesuatu perkara, seharusnya kita menanam minat dahulu kepada perkara tersebut.

Please leave your comment below this post...:)