xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang: May 2010

Perancangan aktiviti-akitiviti untuk pengakap 13 Kajang dari Kelana

Posted by Shafiq92 , Tuesday, May 25, 2010 3:36 AM

1. Kem Maju Jaya pada cuti semester pertama, 15-17
2. Lawatan ke Sidang Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
3. Lawatan ke Rumah BP di Kuala Lumpur.
4. Mengembara Bangi sepanjang 15 km.
5. Program lencana perkhidmatan bersama Jabatan bomba dan Jabatan
Pertahanan Awam.
6. Ekspisi ke Gunung Nuang.


Saya harap, ahli-ahli Pengakap 13 Kajang dapat mengikuti aktiviti tersebut,

Masakan Pengakap

Posted by Shafiq92 , Friday, May 21, 2010 12:16 AM

Siapa kata pengakap tidak boleh memasak? Kemahiran memasak perlu ada pada seseorang ahli pengakap ketika berada didalam hutan untuk mengelakkan diri dari kebuluran.
Biasanya apabila mengadakan perkhemahan di hutan. Ahli-ahli pengakap tidak digalakkan membawa terlalu banyak perkakas dapur seperti periuk,kuali,dapur gas, pinggan dan sebagainya. Oleh itu, sebagai seorang ahli pengakap yang sentiasa bersedia, kemahiran memasak tanpa menggunakan peralatan biasa digunakan dirumah perlulah diketahui. Peralatan seperti buluh, daun, kayu, ranting, tanah lumpur dan sebagainya boleh digunakan bagi memasak makanan.
Antara resepi didalam masakan pengakap ialah Nasi Campur, Nasi Dalam Buluh, Roti lilit dan banyak lagi.

Nasi Campur

Bahan-bahan:
1. Beras
2. Ikan bilis/ikan kering di potong halus
3. Sayur Kobis/ sawi lobak
4. Bawang merah
5. Daun pandan
6. Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan masak menggunakan periuk.
2. Semasa nasi mendidih masukkan bawang merah dan ikan bilis ataupun ikan kering yang dihiris.
3. Sebelum air nasi kering, masukkan garam dan kacau rata serta masukkan garam dan kacau rata serta masukkan sayur dan sehelai daun pandan.
4. Keringkan nasi, tinggalkan hanya bara api sahaja dan tutup periuk dengan rapat.
5. Tunggu hingga masak
6. Sedia untuk dihidang.



Nasi Dalam Buluh

Bahan-bahan:
1. Beras
2. Buluh yang masih muda yang nipis seperti buluh air atau buluh padi
3. Daun Pandan

Cara menyediakan:
1.Potong buluh seperti memotong buluh membuat lemang. Ruas Bahagian bawah buluh tersebut jangan dibuang.
2. Bersihkan buluh dan masukkan daun pisang sebagai alas.
3. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam buluh.
4. Masukkan air jangan sampai melimpah.
5. Untuk menjadikan nasi tersebut wangi masukkan sesuku daun pandan
6. Letakkan buluh tersebut berhampiran bara api.
7. Pastikan buluh tersebut mendapat kepanasan api dengan rata. Caranya, dengan memusingkan bulu tersebut.
8. Tunggu sehingga nasi masak

* kaedah ini boleh digunakan bagi memasak ikan seperti merebus ikan, membuat gulai tempoyak ikan dan membuat singgang ikan.