Laman ini khas buat pencinta2 pengakap khususnya yang ahli pengakap 13 Kajang..Semoga laman ini dijadikan rujukan..

Monday, August 24, 2009

Karnival Pengakap Malaysia Kepong!!





Friday, August 21, 2009

Tahniah!!!!!

Baru-baru ini Pasukan 13 Kajang dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Kawad sempena Hari Kokurikulum SMKBBB.Tahniah diucapkan kepada yang menjadi ahli kawad pasukan pengakap 13 kajang..Semoga kejayaan ini dikekalkan dan boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi suatu masa nanti..

Sunday, July 19, 2009

Pengakap Raja..


Anugerah Pengakap Raja atau lebih dikenali sebagai King Scout merupakan anugerah tertinggi bagi pengakap muda dan remaja di Malaysia.Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang Dipertuan Agong dan semua sultan di negara ini.
Ia sama tarafnya dengan Eagle Scout di Amerika, Queen Scout di Australia,New Zealand dan England, President Scout di Singapura dan Tiger Scout di Korea.
Demi untuk melayakkan para pengakap mendapatkan anugerah mereka mestilah melalui berbagai ujian yang diakui amat bertaraf tinggi dan sangat mencabar menjadikannya antara anugerah paling berprestij dalam pertubuhan unit beruniform.Penerimanya merupakan seorang yang mengamalkan semua prinsip pengakap,mempunyai kemahiran yang secukupnya dan mampu berkhidmat terhadap orang di sekelilingnya.

Saturday, July 18, 2009

Renungan..

Bagi saya tidak salah untuk membiarkan anak-anak terus aktif dalam berpengakap selagi mana mereka tidak mengabaikan pelajaran..kerana sukatan pelajaran dalam berpengakap menggalakan ahli berpengakap belajar kemahiran melalui pengalaman semasa berpengakap.Contoh ini kita dapat dalam kebanyakan orang di sekeliling kita terutamanya para pemimpin masyarakat. Ilmu berpengakap juga amat sesuai dipraktikkan dalam kehidupan terutamanya survival dalam meneruskan hidup di mana jua. Namun yang paling penting ialah bagaimana mereka dapat mengaplikasikan undang-undang pengakap sebagai prinsip dalam kehidupan.Ramai golongan-golongan professional masa kini telah melupakan etika dan integriti dalam memberikan khidmat kepada orang ramai dengan mementingkan diri sendiri.Ingatlah kepada undang-undang pengakap yang berbunyi " Menolong orang pada setiap masa".

Pentingnya Pelajaran..

Umum semua pihak mengetahui bahawa akademik adalah amat penting untuk maju di masa hadapan..Nasihat saya bagi semua ahli pengakap pasukan 13 Kajang..utamakanlah pelajaran terlebih dahulu sebelum memilih untuk melakukan apa jua perkara dalam kehidupan..Selagimana nyawa dikandung badan..selagi itulah manusia tidak akan terlepas dari tanggungjawab ini..Hargailah pengorbanan ibu bapa dengan mengutamakan pencapaian akademik..disamping mengejar pencapaian dalam bidang kokurikulum..senang cerita macam ni jelah..kalo masa depan ntah ke mana..macamana nak lebih aktif dalam berpengakap kalau duit pun takde..perkara ini bergantung kepada kebijaksanaan para pengakap yang masih merupakan seorang pelajar..

Tahniah kepada peserta Kempori Kajang Pertama 2009!



Tahniah kepada semua peserta kerana berpeluang menyertai kempori yang julung-julung kali dalam PPM Kajang.Berikut merupakan maklumat mengenai jumlah peserta:-

Sekolah Menengah : 90 orang
SMK Jalan 4 - 12 orang
SMK Kajang Utama - 4 orang*
SMK Jalan 3 - 12 orang
SMK Bandar Baru Bangi - 18 orang*
SMK Saujana Impian - 10 orang
SMK Jalan Reko - 12 orang
SMK SAAS - 8 orang
SMK Taman Jasmin 2 - 14

Sekolah Rendah : 143 orang
SK Semenyih - 12 orang
SK Kajang Utama - 40 orang*
SK Jalan 4 - 35 orang*
SJKT Kajang - 33 orang
SK Jalan 3 - 10 orang
SK Bandar Teknologi - 4 orang*
SK Taman Jasmin - 5 orang
SJKC Sg. Chua - 4 orang

Kepada Hafiz Johari, wakil yang bertanggungjawab mengenai kem ini sila maklumkan senarai nama peserta dari pasukan 13 Kajang serta gambar-gambar sepanjang penyertaan dalam kempori ini ( jika ada )..hubungi aku taUU..pass kat ayh aku ker..

Saturday, June 13, 2009

Panduan Menyediakan Buku Log!!!!

Pengenalan
Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.

Panduannya Boleh Anda DOWNLOAD di bahagian muat turun / download!!