xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang: Renungkan...

Renungkan...

Posted by Shafiq92 , Tuesday, January 26, 2010 9:21 AM

selepas tamat skima latihan lencana pengakap muda (USAHA, Maju, Jaya, * lencanaa kepandaian, rambu).. pengakap berkenaan akan mengorak langkah perjuangan mereka dalam misi mengejar ke arah pengakap raja.
sepatutnya mereka ini akan menghadiri kursus ketua patrol negeri, sebagai syarat utama...

menyambung skima latihan pengakap ramaja dengan mengambil 5 lencana tertinggi *rambu pengakap remaja.. dan seharusnya pergi ke ujian Sikap (dahulunya di kenali sebagai kem mengembara). di kem ini.. pengakap remaja akan di uji habis-habisan tentang sikap, LOg dan pondok sementara mereka. layak atau tidak ke Kem Pentarafan pengakap raja, bergantung kepada hasil ujian sikap ini.

di sini daerah seharusnya mengambil inisiatif mengadakan kem Pre-sikap untuk menapis peserta yang layak, supaya meraka tidak menghabiskan wang dengan sia-sia. kebanyakan masalah peserta gagal ialah bukan kerana tiada knowledge atau kemahiran, tetapi masalah buku LOG. jadi pihak yang berkenaan haruslah peka.

setelah lulus ujian Sikap... setapak kaki sudah berada di istana.
mereka akan di panggil untuk menyambung perjuangan mereka di kem pentarafan pengakap raja di mana calon-calon akan di uji semua sekali berkenaan kepengakapan mereka, termasuk cara2 membuat gajet, kewarganegaraan, etc.
oleh itu, peserta seharuslah bersedia sejak dari era pengakap muda lagi. di mana dalam penyediaan buku Log dan kemahiran. ramai peserta mengangap hanya hadir di kem-kem, sahaja sudah lulus lencana. ini adalah sikap yang perlu di kikis dalam setiap diri inidividu.
apa yang menjadi masalah ialah di kemudian hari.

antara masalah kekurangan pengakap raja yang umum..

lulus lencana usaha sampai maju/jaya.. tidak lagi menyambung kerana peperiksaan.
bantahan sekolah/ibu bapa.
perpindahan ke sekolah yang tidak mempunyai kumpulan pengakap. di tingkatan 4.
buku log tidak siap, rosak, tidak mengikut skema.
tidak bersedia (kemahiran, etc)
sistem pengurusan organisasi di sekolah-sekolah itu sendiri.
sikap pemimpin.
sikap calon.
ini adalah masalah-masalah yang begitu umum. apa yang perlu di lakukan ialah penyediaan yang rapi dari akar umbi.

pemimpin seharusnya bersedia lengkap berilmu. pergi ke kursus yg di anjurkan oleh daerah, negeri, kebangsaan.

jagan lupa akan ke wujudan pengakap kelana, terutamanya pengakap kelana yang dahulunya adalah pengakap raja, kerana mereka akan sentiasa berkhidmat.
akhir sekali... kalau kita hendak melakukan sesuatu perkara, seharusnya kita menanam minat dahulu kepada perkara tersebut.

Please leave your comment below this post...:)

0 Response to "Renungkan..."

Post a Comment