xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang: Kenapa Berpengakap?

Kenapa Berpengakap?

Posted by Shafiq92 , Tuesday, January 26, 2010 9:24 AM

Satu persoalan yang timbul bagi orang yang bukan ahli.Bila melihat ahli yang dibangku sekolah berhujan,berpanas,comot,kasar kekadang terdengar kata-kata 'kenapalah bersusah payah macam tu..' Persoalan yang kekadang agak sukar dan payah dijelaskan kepada yang belum mengerti.Kekadang memakan masa juga.Namum bagi yang mengerti dan telah mengidu asap,mendengar bunyian haiwan,melihat langit,merasai manisnya air hujan,merasai getirnya bahang mentari,deruan sungai yang bermain di telinga,merasai enaknya nasi buluh dan betapa selesanya bertilamkan tanah hanya satu jawapan kerana CINTA lah kami berpengakap.Tahniah dan Syabas kepada anak-anak yang memakai unifom pengakap ini.Bersyukurlah kerana anak-anak terpilih untuk merasai erti kehidupan melalui berpengakap.Teruskan usaha,tabahkan hati,tingkatkan komitmen sesungguhnya anda dan saya akan insyaallah akan merasai nikmat kehidupan ini.

Please leave your comment below this post :)

0 Response to "Kenapa Berpengakap?"

Post a Comment