xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang: March 2010

Kita Ada Wakil......

Posted by Shafiq92 , Friday, March 12, 2010 11:37 PM

Sekarang nie salah seorang dari pengakap kita tengah ber"xpdc" kat Hulu Langat..Yang pergi xpdc kali nie hanya mereka yang ketinggalan XPDC Hulu Selangor- Bukit Fraser..Pengakap 13 Kajang telah menghantar Aliff Affandie, pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru Bangi untuk menyertai xpdc ini..Hrap2 sabar ye lepp...xpdc la katakan..memang tough..Apa2 pun kita sebagai ahli pengakap 13 Kajang mestilah sentiasa memeberikan sokongan yang padu kepada pengakap kita yang seorang nie..Hidup Pengakap 13 Kajang!!!!

Pengumuman!

Posted by Shafiq92 , Tuesday, March 2, 2010 4:47 PM

Kepada semua ahli2 pengakap 13 kajang,minggu ini akan diadakan perjumpaan di SMK BBB.Rasanya perkara ini sudah dimaklumkan oleh Hafiz Joe..macam biasalah perjumpaan bermula pukul 8 pagi.Pastikan semua ahli hadir tau piz,aku nak tengok..

Ujian Sikap Pengakap Raja Zon 2 Selesai!

Posted by Shafiq92 , 1:22 AM

Sukacitanya dimaklumkan bahawa 2 orang calon pengakap raja dari SMK Bandar Baru Bangi berkemungkinan layak untuk menghadiri pentarafan Pengakap Raja pada 30 April-3 Mei 2010 nanti.Sebelum upacara penutupan itu berlansung, Tuan haji Rahmat Bin Jaafar selaku Pen.Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor merangkap Ketua Pentaraf Pengakap Raja memberikan taklimat mengenai program pentarafan bakal diadakan kelak. Beliau juga memberi peluang dan ruang kepada calon-calon untuk mengutarakan beberapa soalan bagi memastikan semua calon memahami program ini secara menyeluruh.Diharapkan caloncalon kita dapat bersedia untuk menghadapi ujian tersebut kelak seterusnya menaikkan nama Pengakap 13 Kajang selaku pasukan yang berjaya mencipta nama dalam menghasilkan pengakap yang berkualiti
Sekian,terima kasih...