xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' Pengakap 13 Kajang: January 2010

Kenapa Berpengakap?

Posted by Shafiq92 , Tuesday, January 26, 2010 9:24 AM

Satu persoalan yang timbul bagi orang yang bukan ahli.Bila melihat ahli yang dibangku sekolah berhujan,berpanas,comot,kasar kekadang terdengar kata-kata 'kenapalah bersusah payah macam tu..' Persoalan yang kekadang agak sukar dan payah dijelaskan kepada yang belum mengerti.Kekadang memakan masa juga.Namum bagi yang mengerti dan telah mengidu asap,mendengar bunyian haiwan,melihat langit,merasai manisnya air hujan,merasai getirnya bahang mentari,deruan sungai yang bermain di telinga,merasai enaknya nasi buluh dan betapa selesanya bertilamkan tanah hanya satu jawapan kerana CINTA lah kami berpengakap.Tahniah dan Syabas kepada anak-anak yang memakai unifom pengakap ini.Bersyukurlah kerana anak-anak terpilih untuk merasai erti kehidupan melalui berpengakap.Teruskan usaha,tabahkan hati,tingkatkan komitmen sesungguhnya anda dan saya akan insyaallah akan merasai nikmat kehidupan ini.

Please leave your comment below this post :)

Renungkan...

Posted by Shafiq92 , 9:21 AM

selepas tamat skima latihan lencana pengakap muda (USAHA, Maju, Jaya, * lencanaa kepandaian, rambu).. pengakap berkenaan akan mengorak langkah perjuangan mereka dalam misi mengejar ke arah pengakap raja.
sepatutnya mereka ini akan menghadiri kursus ketua patrol negeri, sebagai syarat utama...

menyambung skima latihan pengakap ramaja dengan mengambil 5 lencana tertinggi *rambu pengakap remaja.. dan seharusnya pergi ke ujian Sikap (dahulunya di kenali sebagai kem mengembara). di kem ini.. pengakap remaja akan di uji habis-habisan tentang sikap, LOg dan pondok sementara mereka. layak atau tidak ke Kem Pentarafan pengakap raja, bergantung kepada hasil ujian sikap ini.

di sini daerah seharusnya mengambil inisiatif mengadakan kem Pre-sikap untuk menapis peserta yang layak, supaya meraka tidak menghabiskan wang dengan sia-sia. kebanyakan masalah peserta gagal ialah bukan kerana tiada knowledge atau kemahiran, tetapi masalah buku LOG. jadi pihak yang berkenaan haruslah peka.

setelah lulus ujian Sikap... setapak kaki sudah berada di istana.
mereka akan di panggil untuk menyambung perjuangan mereka di kem pentarafan pengakap raja di mana calon-calon akan di uji semua sekali berkenaan kepengakapan mereka, termasuk cara2 membuat gajet, kewarganegaraan, etc.
oleh itu, peserta seharuslah bersedia sejak dari era pengakap muda lagi. di mana dalam penyediaan buku Log dan kemahiran. ramai peserta mengangap hanya hadir di kem-kem, sahaja sudah lulus lencana. ini adalah sikap yang perlu di kikis dalam setiap diri inidividu.
apa yang menjadi masalah ialah di kemudian hari.

antara masalah kekurangan pengakap raja yang umum..

lulus lencana usaha sampai maju/jaya.. tidak lagi menyambung kerana peperiksaan.
bantahan sekolah/ibu bapa.
perpindahan ke sekolah yang tidak mempunyai kumpulan pengakap. di tingkatan 4.
buku log tidak siap, rosak, tidak mengikut skema.
tidak bersedia (kemahiran, etc)
sistem pengurusan organisasi di sekolah-sekolah itu sendiri.
sikap pemimpin.
sikap calon.
ini adalah masalah-masalah yang begitu umum. apa yang perlu di lakukan ialah penyediaan yang rapi dari akar umbi.

pemimpin seharusnya bersedia lengkap berilmu. pergi ke kursus yg di anjurkan oleh daerah, negeri, kebangsaan.

jagan lupa akan ke wujudan pengakap kelana, terutamanya pengakap kelana yang dahulunya adalah pengakap raja, kerana mereka akan sentiasa berkhidmat.
akhir sekali... kalau kita hendak melakukan sesuatu perkara, seharusnya kita menanam minat dahulu kepada perkara tersebut.

Please leave your comment below this post...:)

Apakah Itu Buku Log??

Posted by Shafiq92 , 3:15 AM

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Lencana PPM Baru???

Posted by Shafiq92 , 2:50 AM



Lencana baru???

Begitulah maklumat yang diperoleh dari blog ppm Johor (pentadbiran). Persoalannya, sejauhmana maklumat disampaikan kepada semua pemimpin di seluruh negara. Kita di PPM Gombakpun tidak tahu akan hal ini. Pamplet yang cantik inipun tak diterima daripada ibu pejabat. Sedangkan saluran komunikasi bukan menjadi masalah lagi buat masa sekarang.

Berikut adalah petikan berita daripada PPM Negeri Johor

Perhatian!!

Posted by Shafiq92 , Saturday, January 23, 2010 5:59 PM

Web Blogmaster memohon maaf di atas kelewatan menyiapkan blog ini..Ini adalah disebabkan pembaikan yang sedang dijalankan terhadap blog ini..Diharap semua pengunjung bersabar..Laman Pengakap 13 Kajang takkan hilang di dunia!!! Hehe3...blog ini dijangka siap dalam 1-2 minggu lagi..

Selamat Tahun Baru!!

Posted by Shafiq92 , Thursday, January 21, 2010 11:47 AM

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini khususnya ahli-ahli pengakap..Bersyukur kita kerana dapat melalui kehidupan berpengakap yang menyeronokkan semasa berada di tahun 2009. Ilmu-ilmu yang yang ditimba sepanjang tahun-tahun sebelumnya perlu dibaiki dan diasah sepenuhnya sebelum membuat persediaan ke arah matlamat utama setiap individu yang masuk pengakap iaitu, Pentarafan Pengakap Raja..Juga, adalah wajar kepada semua ahli pengakap khususnya kepada pengakap 13 Kajang untuk merujuk sentiasa kepada blog ini sebagai panduan dalam aktiviti berpengakap bagi tahun ini.Diharapkan blog ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ahli pengakap..